Kalau nak dikirakan, Muzium Kapal Selam di Melaka ni telah ada sejak Disember tahun lepas lagi. Cumanya aku selaku orang Melaka je baru nak berkesempatan datang ke tempat ni. Dan memandangkan Melaka sendiri terkenal dengan bilangan muzium yang banyak, makanya rugi la kalau aku tak tengok dengan mata kepala sendiri, ye tak?
Muzium Kapal Selam ni terletak berdekatan Dataran 1Malaysia di Pantai Klebang, lebih kurang 10km dari Bandar Melaka. Dulunya kapal selam ni jadi tempat latihan untuk team kapal selam pertama negara kita. Sekarang ni dah diserahkan kepada kerajaan Melaka untuk dijadikan kompleks muzium maritim yang dijangka siap pada tahun 2013.
Bayaran masuk takde lah mahal mana pun, baru RM1 seorang untuk dewasa, dan 50 sen untuk kanak-kanak. Murah kan? Tapi bagi aku, masih belum wajar sebenarnya mengenakan bayaran masuk sebab kompleks muzium ni belum siap sepenuhnya pun. Duduknya pun di tengah-tengah kawasan berpasir yang takde apa-apa kemudahan pun. Agak ridikeles jugak la nak kenakan bayaran dalam situasi macam ni. Tapi dah nak masuk, bayar aje lah.
Dah bayar, masuk, terus dah nampak kapal selam yang diletakkan di atas pelantar besi. Kalau diikutkan surat beranaknya, nama asal kapal selam ni seperti terpapar di plak di bawah. Manakala majlis penyerahan rasmi baru dilaksanakan pada 4 Mac 2012 yang lalu.
Proses pemindahan kapal selam berkenaan dari Perancis juga didokumenkan melalui galeri gambar di bawah badan kapal selam berkenaan.
Dan seperti mana orang lain, tujuan ke sini tak lain dan tak bukan, mestilah untuk bergambar. Apa ada hal walaupun mata kecik kemain lagi sebab panas terik petang hari. Maklum la tepi pantai.
Boleh feeling ambik angin laut di petang hari sambil duduk bawah kipas propeller kapal selam. Kapal selam nampak buruk sebab tak dicat lagi.
Walaupun cuaca panas, memang ramai juga yang datang bawak anak-anak dan keluarga untuk melihat sendiri kapal selam ni. Banyak info berguna yang boleh dikongsi bersama-sama. Personally, aku suka pergi tempat-tempat macam muzium ni, sebab ada benda berguna yang boleh diperolehi.
Dan kalau siap sepenuhnya nanti, kompleks muzium maritim di Melaka nanti mungkin akan kelihatan seperti bayangan di atas ni. Nampak gah jugak ye?
Muzium ni dibuka setiap hari mulai jam 9.00 pagi hingga jam 5.45 petang.
Bertambah la tarikan ke negeri Melaka nanti. Melaka Darul Muzium, orang kata.