Model di atas adalah Youngman Lotus T5. Dipertontonkan di Auto China 2012 beberapa hari yang lalu, model ini akan mula dipasarkan di China penghujung tahun ini. Menarik bukan?
Kalau diperhatikan dari rekaan grille hadapan, ada design cue yang hampir serupa dengan Proton Preve. Begitu juga dengan rekaan bonet hadapan yang sekali imbas lebih kurang macam model Exora. Ini bukanlah pelik kerana syarikat Youngman ni memang membawa masuk model Gen-2 dan Persona ke pasaran China di bawah jenama Europestar.
Dibina berdasarkan platform Gen-2, model ini dijangka menggunakan enjin Campro CPS dan CFE berkuasa turbo, kedua-dua enjin bersesaran 1.6L. Takde planning nak tingkatkan kuasa enjin ke?
Mungkinkah ini bakal model SUV pertama dari Proton? Sama-sama kita nantikan.




No comments:
Post a Comment