Saturday, April 7, 2012

Dah Setahun Kahwin Baru "Perasan" Isteri Mungkin Seorang Lelaki? Ini Hairan Bin Ajaib Namanya


Sebenarnya dari semalam nak menulis pasal isu ni, cuma tak berkesempatan saja. Mula-mula baca pun dah boleh aku berfikir panjang dan lama. Macam mana la agaknya ye bila dah SETAHUN kahwin tapi baru sekarang nak syak yang isteri dikahwini tu kemungkinan seorang lelaki?


Bila tengok latar belakang si lelaki, dekan universiti awam. Bukan calang-calang orang. Cuma perkahwinan dibuat di Songkhla, Thailand. Negara yang terkenal dengan golongan nyah yang adakalanya lebih 'perempuan' dari perempuan sebenar. Perempuan sebenar pun kadang-kadang rendah diri dengan keperempuanan 'perempuan jadian' di Thailand ni.

Sepatutnya kalau pun nak perasan ada apa-apa yang tak kena dengan isteri ketiga tu, di awal-awal perkahwinan dah boleh syak kan? Tapi kenapa bila dah dekat setahun baru nak perasan dan syak?

Benda-benda macam ni boleh bikin timbul pertanyaan. Hairan bin ajaib betul.

Heh.


Sumber dari Kosmo!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...