Thursday, February 9, 2012

Isu Pekerja KFC Tumbuk Pelanggan : Pandangan Aku


[UPDATED WITH VIDEO]


Dalam tempoh 2-3 hari ni, orang heboh bercerita perihal video di Youtube pasal pekerja KFC menumbuk dan menerajang pelanggan. Ada yang hentam pekerja, ada yang hentam pelanggan. Tak kurang jugak yang hentam pengurusan KFC.

Istilah "customer is always right" boleh jadi tak tepat kalau salah diinterpretasi. Sebab selalunya istilah itulah yang sering digunakan untuk memperjuangkan hak pengguna, macam isu pelanggan KFC tu tadi. 

Betul, penyedia perkhidmatan bertanggungjawab memenuhi kehendak pelanggan, tapi dalam masa yang sama, pelanggan juga perlu faham kekangan yang dihadapi oleh penyedia perkhidmatan. Kalau betul fakta yang aku baca, yang mengatakan cawangan KFC berkenaan kehabisan bekalan ayam disebabkan kehadiran pelanggan yang lebih ramai dari biasa, maka adakah salah bagi pekerja berkenaan memaklumkan situasi semasa kepada pelanggan?



Dan pelanggan berkenaan, kenapa perlu keluarkan kenyataan berbau rasis? Aku tak berada di tempat kejadian, jadi aku tak boleh sahkan samada adakah benar apa yang dituturkan oleh pelanggan. Tapi sekiranya betul, memang memalukan. Kempen sangat untuk mendidik rakyat berbudi bahasa, tapi entah ke mana.

Pelanggan perlu ingat, pekerja juga manusia biasa, yang ada hati dan perasaan. Yang ada rasa penat, boleh 'meletup' jika berada bawah tekanan dan sebagainya. Biarlah ada give and take.

Satu je aku nak kata kepada pelanggan berkenaan. 

Padan muka.


Published with Blogger-droid v2.0.4

5 comments:

Azham Vosovic said...

huhuh...jadikan ini teladan utk smua org....kalau sehari tak makan KFC, x mati punya...cuba makan kt Rasamas plak...kesian xda org hehehe

zulrock said...

ayat 'padan muka' best dan kne pada tmpt.. hahaha

noni said...

Wow..suka ayat padan muka.tak kirala bangsa apa pun pekerja tu dia tetap orang yang tau penat.kalu akula agaknya jd pekeja tu aku koyak je mulut dia.padan muka!

KeluangMan said...

padan muka... hormatilah jugak pekerja..tau lah customer always right.. tp tak la slalu right pun

Sky0ne said...

semua : betul tu. Nak orang hormatkan kita, kena lah sama2 hormat menghormati. Mentang2 la customers always right, takkan suka2 hati nak marah pulak kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...