Bertanya seorang teman
Ke mana hala kita di tahun baru?
Adakah masih di situ?
Ataupun ingin beralih ke dimensi baru?
Oleh itu,
Jangan dibutakan mata,
dipekakkan telinga,
disesatkan minda
Sempena tahun baru, alaf baru,
Jangan sekadar memperbaharui
azam lalu
Semangat yang padu
Azam yang jitu
Itu yang kita perlu
Bukan sekadar sambutan melulu

No comments:
Post a Comment