Tuesday, January 24, 2012

Perkara Baru Yang Aku Perhatikan Sepanjang Lebuhraya PLUS



Adalah satu kerugian kalau tak gunakan peluang cuti perayaan Tahun Baru Cina selama empat hari ni sebaik mungkin. Memandangkan aku dan famili memang jarang dapat berhimpun dan bercuti bersama, kesempatan semacam ini memang tak patut dipersiakan.

Dan walaupun nyaris-nyaris tak dapat ke Cameron Highlands seperti mana entri aku sebelum ini, alhamdulillah tercapai jugak hasrat untuk ke sana. Nanti aku ceritakan dalam entri lepas-lepas ni. Aku nak cerita dulu apa yang aku perhatikan sepanjang perjalanan menghala ke utara dalam cuti perayaan ni.


Perjalanan ke utara bermula dari jam 2 petang, lepas ambik adik aku di Puchong. Nak ke Tapah aje pun. Tak jauh kan? Pukul berapa sampai Tapah? Pukul 7.00 petang. Jem macam haram. Nasib baik kaki tak cramp. Maklumlah kereta manual.

Cumanya di sepanjang perjalanan menghala ke utara tu, aku tak pasti berapa banyak kenderaan yang berhenti di bahu jalan, sebab pengguna lebuhraya tak sempat nak menahan dari buang air. Baik kereta, lori, bas pun ada, ramai jugak yang berhenti cari port nak melampiaskan hajat masing-masing. Kes tak sempat nak sampai ke hentian rehat sebab nak guna tandas. Kalau sempat sampai pun, kena beratur tunggu giliran. Nasib baik jugak la aku tak berada dalam situasi tu, kalau tak mana aku nak letak muka kacak aku ni?

Makin suburlah pokok-pokok di tepi laluan lebuhraya menghala ke utara kalau macam tu. Mana taknya, dapat siraman baja urea kualiti baik punya. Jarang-jarang pokok-pokok tu boleh rasa. Hahah.

Barulah aku faham betapa azabnya orang-orang utara nak balik bercuti masa musim perayaan. Nak-nak pulak cuti raya puasa.

Fuhhh.

5 cakap berlapik:

Anonymous said...

Hari tu nak balik Perak jalan jem just because kereta berhenti tepi jalan sebab singgah Shell. Ada plak tu amik lane jalan. Ada RELA pon mcm xde. Sengal bagi kereta parking tgh2 jalan -.-"

Sky0ne said...

Anon : hentian Tanjung Malim arah utara kan? Sama la..aku stuck otw ke situ la..lepas dari situ, terus clear jalan

Anak Perak said...

ahaaa..!ingat senang ke nak merasa jem teruk kalau hari xde perayaan?enjoy it! haha

KeluangMan said...

nikmattt..... merasa kesusahan.....

Sky0ne said...

Emi : kesian kau kan...huhu

keluangman : sesekali..kalau selalu, mau senak otak..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...