Wednesday, January 11, 2012

Emas Tipu Dan Keinginan Untuk Cepat Kaya



Kecoh di media dari semalam lagi berkaitan dengan penemuan apa yang dikatakan kononnya hablur emas di Jalan Mewah, Kampung Melayu, Johor Bahru. Dan dengan pembongkaran cerita tu, masing-masing berpesta mendulang dan mengumpul batu-batu berhablur dipercayai emas, siap panggil wakil kedai emas lagi untuk membuat pengesahan.

Hablur emas, di tepi jalan? Satu fakta yang memang boleh menimbulkan keraguan. Tapi disebabkan keinginan untuk kaya sekelip mata, masing-masing pun rambang mata. Maka berduyun-duyunlah sekalian rakyat jelata mencuba nasib untuk menjadi jutawan segera dan orang kaya baru.

Tapi sayang, sekali hablur yang kononnya emas itu bukan emas daaa. Namun masih ada yang tak putus asa dan meneruskan kerja-kerja mendulang. Semangat betul nak kaya sekelip mata.

Pada aku, obsesi manusia untuk kaya sekelip mata ni memang tak dapat diubah. Masing-masing berangan nak hidup mewah tanpa perlu buat apa-apa. Berangan terjumpa harta karun? Kawin dengan anak raja? Mewarisi harta pusaka berbilion-bilion? Ahhh, itu keinginan semua orang.

Tapi hakikatnya, masing-masing pentingkan diri. Hanya fikirkan tembolok sendiri berbanding orang lain yang temboloknya mungkin kosong berhari-hari.

Heh.


Gambar dari Kosmo Online

Published with Blogger-droid v2.0.3

5 comments:

Cik Norfa said...

hahaha...tk dpt join skim cpt kaya....tu yg tukar profesion mendulang batu. ekekeke

eT said...

maknanyer tipu la yer...huhu..kesian mereka...

Errah said...

dah ada depan mata sapa xnak kan..cuba kita yang ada kt c2..mgkn kita pon nk jgk seketul 2..

ruzaimee said...

peh abam ni. tembolok tu kebenda..bahasa klasik la abam ni..

Sky0ne said...

nopa : asal boleh cepat kaya, apa pun boleh

et : yup, tipu

errah : takde mananya..sebab dah tau tak betul la tak pegi try pun..hehe

ruzaimee : sila bukak kamus mukasurat namblas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...