Wednesday, January 4, 2012

Curi Seluar Dalam, Penjara Sebulan?



Seriously, hanya kerana mencuri seluar dalam, mamat ni perlu dipenjarakan sebulan? Seluar dalam yang harganya RM15 sekotak, kali dua jadi RM30, diterjemahkan hukumannya kepada 30 hari di penjara? 

Aku setuju bab penjenayah perlu dihukum. Aku setuju kalau penjenayah berat sepatutnya dihukum dengan hukuman yang juga berat. Tetapi apa rasional menghukum pesalah yang mencuri seluar dalam ni dengan penjara sebulan? 


Dari segi logik, memang la bangang sebenarnya dipenjara sebab mencuri seluar dalam. Bila masuk penjara dan ditanya oleh rakan sepenjara tentang kesalahan, malu juga mamat ni nak mengaku dipenjara sebab mencuri seluar dalam. Tapi apa kejadahnya memenuhkan penjara negara kita yang memang sedia penuh ni dengan pesalah yang kesalahannya hanya setakat mencuri seluar dalam ni? 

Betul, mungkin ramai yang stereotaipkan “Alah, sekarang ni mungkin dia curi seluar dalam je, nanti kalau dibiarkan esok-esok dia rompak bank pulak macam mana?”. 

Come on, bukan itu maksud aku. Maksud aku, kita perlu ada sistem baru dalam mengenakan hukuman kepada penjenayah. Kalau kesalahan sebegini pun nak dimasukkan ke penjara sampai sebulan, aku tak nampak langsung apa rasionalnya. 

Mungkin sebab undang-undang kita terlalu rigid? Tiada pembaharuan dalam pengenalan sistem kawalan dan hukuman kepada pesalah dan penjenayah? Mungkin juga program khidmat komuniti sepertimana diguna pakai di negara luar tu sepatutnya diperkenalkan untuk menangani kes-kes sebegini? 

Kalau tak, nampaknya penjara nanti bakal dipenuhi dengan pencuri seluar dalam, dompet, susu di kedai runcit, sardin dan sebagainya. 

2 cakap berlapik:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

ahh, kalau budak asrama tahu yg curi underwear dijail, maka tiada lagi pencuri underwear wujud. hahahaha.

Sky0ne said...

fifiey : ni mesti ada pengalaman ni..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...