Bermula Khamis malam lagi dah mula kecoh di Facebook dan Twitter tentang keputusan syarikat perkhidmatan telekomunikasi nak mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% terhadap pengguna prabayar. Ramai yang menentang, tak kurang juga yang mencebik bilamana ianya diumumkan. Dan bila mana keluar je isu-isu membabitkan pengguna, masing-masing cepat je menyalahkan kerajaan dalam isu ni.
Kalau diikutkan pemahaman aku, cukai perkhidmatan ni bukanlah sesuatu yang baru. Dalam industri makanan misalnya, cukai perkhidmatan ni memang dah lama dikenakan, fast food joint misalnya. Cumanya dalam isu perkhidmatan prabayar ni, selama ini cukai tersebut diserap oleh telco. Jadinya, adakah salah kalau telco nak kembali mengenakan cukai tersebut terhadap pengguna?
Kadang-kadang aku tak faham orang kita ni. Kalau ye pun tak suka kerajaan, takkan semua benda nak salahkan kerajaan? Apa yang aku nampak, benda sebegini pun, yang terang-terang hak pembekal perkhidmatan untuk kenakan caj berkenaan, dan keputusan pun dibuat tanpa kelulusan kerajaan, tapi majoriti kita masih nak menghentam kerajaan dalam isu ni. Kejadah apanya ni?
Walaupun aku kerja kerajaan, banyak juga yang aku tak setuju dengan keputusan yang kerajaan buat. Tapi nak menghentam pun, biarlah rasional. Dalam isu caj 6% ni, terang-terang dah ini semua keputusan telco sebagai pembekal perkhidmatan. Jadi kenapa masih nak salahkan kerajaan?
Aku pun pengguna prabayar juga, jadinya of course aku akan terkesan dengan caj berkenaan. Aku boleh faham apa yang dikenakan oleh telco, tapi pihak pembekal perkhidmatan pun perlulah tingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Tingkatkan kawasan liputan ke, kenakan caj panggilan dan SMS lebih murah ke, dan sebagainya. Barulah boleh menjustifikasikan balik cukai perkhidmatan yang dikenakan. Barulah pelanggan tak terus melenting.
Di bawah ni adalah sedikit argument di status Facebook aku :
Banyak lagi item boleh ditaxkan selain prabayar : Confirm orang mengamuk lagi. Sedangkan prabayar pun dah kecoh, apatah lagi yang lain-lain kan?
Peranan badan pemantau : Aku difahamkan SKMM bertanggungjawab dari segi penetapan kadar ni. So apa cerita SKMM? Sedangkan isu Astro haritu pun senyap macam tu je ye tak? Hehe.
Macam mana nak jadi negara maju kalau asyik kenakan cukai : Kalau macam tu, lagi senang. Tak payah kenakan cukai. Negara makin bangkrap. Kena berhutang dengan IMF. Semua dibagi susidi. Akhirnya jadilah negara bersubsidi, tak pun negara berkebajikan. Bukan lagi negara maju.
Apa-apapun, aku rasakan pengumuman ni tak kena pada masanya. Wajar, tapi tak kena dengan masanya. Aku rasakan kalau perkhidmatan tip-top dan tak membebankan pengguna, pasti ramai menyokong. Tapi dengan apa yang ada sekarang, pasti ramai yang menentang.
Dan tentunya, sekali lagi menyebabkan slogan "Rakyat Didahulukan" oleh Dato Najib dah backfired.
Heh.
Published with Blogger-droid v1.7.4