Tukar la sebanyak mana istilah pun, masalah mat rempit memang takkan selesai hanya dengan mengubah label nama. Dulu sibuk nak tukar nama jadi 'Mat Cemerlang', kononnya supaya bunyinya lebih positif. Sekarang ni dah ada pulak pandangan nak tukar lagi istilah sepertimana petikan akhbar online Istilah 'remaja dua roda' ganti 'mat rempit' ni.
Mat rempit akan tetap kekal sebagai mat rempit, tak kira lah apa label nama pun yang diberikan. Korang nak tukar bunyi positif ke, bunyi sopan santun ke, bunyi sedap didengar ke, rempit akan tetap kekal rempit. Ianya lebih kepada budaya sekarang ni, bukan sekadar pelabelan pada nama. Soalan yang perlu dilemparkan bukanlah label apa yang nak digunakan terhadap golongan ini, tetapi apa sebenarnya kehendak mereka?
Dulu ada program bawak golongan rempit ni ke dalam Putera UMNO dan buat aktiviti terjun bebas sampai ke Kutub Utara, tapi itukah yang mereka mahukan? Mat rempit yang sinonim dengan motor, tapi dibawa ke Kutub Utara untuk buat terjunan bebas? Apa ni? Merepek apa ni? Last-last, jadi alat parti politik.
Kalau dah mat rempit ni dunianya dengan motor, kenapa tak disediakan proper channel untuk mereka menyerlahkan skill tunggangan mereka ke tempat yang sepatutnya. Dulu, ada jugak Litar Batu Tiga Shah Alam buat diorang ni menguji skill tunggangan tanpa membahayakan diri dan orang lain di jalan raya. Sekarang, apa yang ada? Litar Sepang? Nak gunakan aje dah makan berapa duit? These so-called mat rempit ni bukannya golongan yang bekerja dengan duit berkepuk pun sampai boleh bawak motor tu masuk Litar Sepang yang eksklusif sangat tu. Majoritinya cuma penghantar surat, penghantar piza/ makanan segera, kerani, pekerja kilang dan sebagainya.
Litar Sepang pun taknak terima diorang kalaulah betul diorang berduit nak masuk situ. Lagipun, apa ke nerakanya bawak motor EX5 masuk Litar Sepang kan?
Buat gelak ke Rossi je.
Heh.
Kredit gambar dari semuabest.com









































