Tuesday, December 20, 2011

SBPA - Sistem Baru Pencenkan Anda Atau Skim Bodek Pegawai Atasan?



Seriously, apa yang bebal sangat pasal Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ni sampai kecoh satu Malaysia, terutama di kalangan penjawat awam?

Aku tak faham apa yang perlunya para penjawat awam dipaksa memahamkan pekeliling dan seterusnya dipaksa menandatangani borang opsyen samada kekal dalam skim SSM ataupun beralih kepada SBPA hanya dalam tempoh 2 minggu?

Dan yang paling menyebabkan penjawat awam ni tersepit, bilamana CUEPACS pulak selaku kesatuan yang menaungi penjawat awam di Malaysia ni menasihatkan supaya tak menandatangani borang opsyen tu sehingga mereka berjumpa sendiri dengan PM untuk selesaikan kemelut. Apa jadahnya ni woi?

Apa yang kalut-kalut paksa orang sain juga dalam tempoh singkat ni? Ada sesuatu yang cuba disembunyikan ke? Dalam kebanyakan orang masih samar-samar dengan skim baru ni sebab masih belum diberikan penerangan secukupnya, sekarang dah dipaksa-paksa untuk sain opsyen. Kalau tak sain sebelum 31 Disember, akan kekal dalam skim lama SSM. Adil ke ni? 

Ini ke contoh yang Ketua Setiausaha Negara sebut sebagai "naga-naga ciptaan sendiri" yang patut dihapuskan oleh penjawat awam sebelum ni? 

Kalau macam tu, KSN sepatutnya membunuh naga-naga yang ada dalam pelaksanaan SBPA ni dulu, barulah orang kata "cakap serupa bikin". Jangan hanya tau bercakap, sembang gebang sana sini tapi hakikatnya, kelemahan ketara dalam pelaksanaan SBPA buat-buat tak nampak dan diambil pendekatan "sapu bawah meja" saja.

Seriously, lagi sekali aku bertanya, apa relevannya paksa penjawat awam sain jugak opsyen sebelum 31 Disember 2011? Tak boleh nak bagi masa lebih ke untuk disemak dan diteliti? Tak reti nak bersabar, sampai semua tindakan nak terburu-buru?

Pfftt.


Published with Blogger-droid v2.0.2

5 cakap berlapik:

alien said...

aku pun tak paham
kenapa misti rashing~

rio said...

sokong! tmpt aku khamis atau jumaat baru nak terangkan. so 1/2 hari je bole pikir. hahaha, gila gila...

lyza said...

sume nak cepat..nampak sangat tak ikhlas...
padahal byk lg menda lain yang boleh d ambil tindakan dgn segera..tp d lambat2kan..hat ni..nak cepat plak.. sungguh tak paham..huh...

Cik Norfa said...

aku lagi la tak paham....apa beza ssm dgn sbpa..sbb aku mmg tak tahu menahu. hehehe...

maklumlah saya bukan kerja kerajaan, jd tkde sapa nk bgtahu saya.

Sky0ne said...

alien : macam ada benda nak disembunyikan

rio : aku dah sain pun..nasib la

lyza : ada agenda tersembunyi la tu

nopa : ko tak paham, duduk diam2..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...