Thursday, May 26, 2011

Tempoh Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Mungkin Dipanjangkan? 3 Bulan Tak Cukup?


Wahhh nampaknya ada cadangan dan ura-ura untuk memanjangkan latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dah pun berjalan selama ni, sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Online.

Umum mengetahui bahawa mana-mana yang terpilih akan menjalani tempoh latihan selama 3 bulan. Kalau dipanjangkan, berapa lama lagi agaknya yang bakal ditambah?

Dan menurut kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, ada di kalangan ibubapa dan pelatih yang datang kepadanya dan kata sememangnya program tu singkat sangat kalau dibuat dalam tempoh 3 bulan, dan sukar untuk mencapai objektifnya.

Persoalan aku, BERAPA RAMAI daripada 'graduan' PLKN dan ibubapa ni yang kemukakan pandangan tersebut, sampaikan kementerian perlu pertimbangkan untuk dibawa dalam perbincangan? Kalau boleh didedahkan dalam bentuk survei yang telah dijalankan ke, kan lagi bagus. Lebih bagus dari hanya keluarkan kenyataan berbentuk umum yang semacam tu?

Dan bila tempoh dipanjangkan, adakah mengambil kira faktor-faktor persekitaran? Cukuplah tu 3 bulan, nak panjang macam mana lagi? Jangan nanti makin bertambah orang yang cuba mengelak dari PLKN pulak.

Bila tempoh bertambah, kos pengendalian juga makin bertambah. Makin beban kepada kerajaan untuk menampung perbelanjaan.

Ataupun dah ada yang menunggu 'nak masuk jarum' kalau dapat kontrak yang lebih lama?

Heh.


Published with Blogger-droid v1.6.9

4 comments:

Suryani said...

aku suka ayat yang hujung tu.....

Sky0ne said...

Kan? Nanti bila dah ongoing dari 3 bulan kpd 6 bulan, baru la nak review balik dan tukar semula ke 3 bulan..haha

cikFM said...

haha frankly speaking.. dlu mase aku dok kat dalam kem tu.. ayat yang kua tiap2 ari.. "bile nk abis ni..nk balik umah".. semua cakap cam tu.. hehe.. ade ke yg nk dok lame2 dlm tu? huh?

Sky0ne said...

cikFM : aku ingt kalo suruh pak menteri duduk situ seminggu pun, belum tentu dia sanggup..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...