Apa lagi nak dikata? Agaknya bidang kerja aku ni memang ramai yang tak suka kot. Tak dijawab, dikatanya sombong. Dijawab pulak, dikatanya berlagak. Kot nanti kalau buat tak tau, dikata tak sedar diri pulak. Hai macam-macam orang kita ni. Kes tak paham tatabahasa agaknya kot.
Isunya masih berkisar pada Facebook. Yup, FB request. Dulu masa mula-mula, ada jugak ex-students aku yang request as friend. Tapi aku buat senyap, tak approve dan terus reject. Lepas tu aku terfikir, apa agaknya penerimaan diorang. Ye la, FB aku hanya untuk kawan-kawan dan ahli keluarga. Bila aku maksudkan kawan-kawan, memang KAWAN-KAWAN sahaja la kan. As a social networking site, benda-benda personal pun banyak dibincangkan kat situ. Takkan aku nak approve semua orang yang request. Kalau tak baik takyah ada button 'Ignore' tu.
Dan lepas tu, aku dituduh sombong. Selamba je label aku sombong, padahal sebelum ni dorang berurusan dengan aku jugak. Komen pulak kat wall staff aku. Ohh nanti ada pulak yang persoal, kenapa staff boleh pulak, tadi kata kawan-kawan dan ahli keluarga je. Sebab aku consider diorang staff aku dalam waktu kerja je. Luar waktu kerja, diorang la kawan-kawan aku.
Jadinya bila balik kerja petang smalam dan go thru baca apa-apa yang patut, terklik plak kat benda ni pada wall somebody. Aku rasa jawapan aku tu dah cukup berlapik dah. Tapi yang menyoal aku balik tu, aku tak pasti nada soalannya macam mana. Marah? Bengang? Ataupun BERLAGAK jugak?
LOL benda ni berulang lagi. Ingatkan dah settle, sebab isunya pun dah dijawab awal bulan aritu lagi (tengok tarikh mesej tu kalo tak percaya). Tapi kenapa semalam baru nak upload print screen tag nama member-member semua? Saja nak cari pasal dan buat dosa share sama-sama ke?
Entah bila la pulak aku kata taknak approve OKU kan? Kalau tak, takde la staff-staff aku yang OKU tu aku approve. Dan malangnya, ada jugak orang yang selama ni aku respect, pun bagi komen. Syabass, syabass. At least aku tau akhirnya perangai sebenar orang ni.
Of course aku terkilan. Ye lah, bila senyap, korang mengata aku. Bila aku reply mesej tu dan terangkan sebab takleh approve, apesal takleh terima pulak penjelasan aku?
Dulu dah la ada isu nama aku dikaitkan dengan penjajahan semua. Tapi aku relaks je. Malas nak ambik port. Kalo aku terangkan pun, korang bukan nak ambik effort nak paham pun.
Tu belum aku terangkan pasal FB group ofis plak. Pun dah diterangkan pasal group tu untuk warga PLPP (staff dan ex staff) tapi berbangkit jugak isu ex-student tak diterima masuk dan sebagainya. Nak aku terangkan macam mana pun aku tak tau la. Buat la group alumni korang sendiri kalo nak. Takde la caca-marba bercampur semua nanti.
Oh dan kalau korang buat group sendiri nanti, jangan pulak bila aku request nanti korang tak approve pulak ek. Nanti jadi la apa orang kata 'cakap tak serupa bikin'. Heh.
Ingatkan bila dah bekerja, bolehlah korang tukar ke pemikiran matang. Rupa-rupanya, masih terbawak-bawak perangai budak-budak.
Kesian.
p/s : buat Thuwaibah, tahniah atas konvokesyen anda. Ye, saya tau anda selalu masuk blog saya. Maaf tak dapat hadir konvo kamu kerana takde jemputan dari OUM. Kalau ada, confirm saya hadir. :D