Nak kata aku ni lama sangat dalam dunia blog ni, tak la jugak. Nak kata capai tahap otai, lagi la menipu namanya. Tapi banyak juga aku buat blogwalking, dan pengalaman sendiri tentang dunia blogging ni yang boleh dijadikan panduan dan pedoman. Ye lah, kita blog ni pun bukannya sendiri-sendiri je baca kan? Mesti kita harap orang-orang lain pun ter'stumble upon' blog kita ni, jadi follower, letak kat blog list semua.
So hari ni aku nak share sikit penemuan-penemuan semasa aku blogwalking. Tip-tip ni korang pun boleh jumpa kat blog-blog otai ni semua. Aku cuma mengulang balik je, tapi dalam olahan sendiri la...
1. Lagu Autoplay
Aku memang cukup pantang dengan blog macam ni. Perkara pertama aku buat bila masuk blog yang ada lagu autoplay ni, ialah cari mana punca lagu tu datang. Bila dah jumpa, kalau aku rajin, aku Pause kan lagu tu. Tapi ada jugak lagu autoplay ni yang takde button Pause ke, Stop ke, so kebiasaannya, blog ni aku pangkah keluar terus je. Dan kebiasaanya juga, kedua-dua situasi ni aku pangkah keluar terus. Kena pulak kalau lagu tu tak 'into' dengan selera aku.
2. Blog penuh iklan
Yang ini pun a big no-no. Kena pulak yang spesies blogwalking, pastu tinggal komen suruh follow blog dia. Bila masuk, iklan lagi penuh daripada entri. Kalau entri dengan iklan seimbang takpe la jugak, Akhirnya, aku pangkah juga la jawapnya.
3. Spesies entri jarang-jarang, kadang-kadang
Ini pun satu lagi jenis blog aku malas nak follow. Ada la jugak yang gunakan pendekatan 'u follow i, i follow u'. Tapi kalau info dari blog tu berguna, dan aku rasa menarik, aku follow la. Tapi kalau dah jarang-jarang ada entri, alamatnya aku dapat follower free je la.
4. Tulisan kejap kecik kejap besar, lepas tu kalerful wanderful bladiful
Ini aku taktau nak kategorikan apa. Mungkin terlalu nak nampakkan blognya ceria kot. Tapi in the end, makin serabut dan semak nak dibaca. Ini pun aku biasanya akan pangkah terus. Apatah lagi kalau ditambah dengan ikon-ikon glitter la bergerak-gerak semua, lagi la tambah pening aku yang membaca ni.
5. Template dan widgets lambat loading, dan terlalu berserabut
Ini pun salah satu major turn off pada aku. Blog yang terlalu penuh dengan widgets, dan template yang terlalu fancy. Alamatnya letih menunggu je nak loading. Macam aku yang pakai Streamyx kat rumah ni ok la, tapi cuba bayangkan kawan-kawan yang pakai broadband. Tak ke naya nak menunggu abis loading? Yang penting, template biarlah simple, kemas. Template lawa pun tapi entri tak update, tak guna jugak kan?
Jadi, itulah saja yang saya nak kongsikan pada hari ini. Tapi macam mana pun, preference masih kepada tuan punya blog jugak. Kalau dah suka template lambat loading, font kalerful, penuh widget semua tu, nak kata apa kan. Tapi kalau follower korang hanya jadi sekadar 'follower' dan bukan 'reader', nak buat macam mana kan.
Akhir kata, berhati-hatilah di jalan raya, majulah sukan untuk negara. Huahuahua

















