banyak hari jugak terbengkalai blog aku nih...kalo la blog ni umpama projek perumahan terbengkalai, agak2 ada chance keluar tivitige tak??? hahaha...
Aku busy travelling berkenaan kerja kebelakangan nih...Selasa di Kedah, Rabu di Perak, Khamis di Johor...amacam, hardcore tak? nasib baik driver ofis yang bawak, kalo aku, mau jahanam tulang belakang naga (sila refer filem Storm Warriors utk maklumat lanjut) aku nih.
Dah 4 tahun aku terlibat dengan inteviu kemasukan student baru kat tmpt aku nih...FYI, tempat aku ni untuk OKU dapatkan kemahiran...walaupun dapat berjalan2 sambil bekerja, sebenarnya banyak jugak crita tentang kehidupan yg dapat aku timba/ fahami/ dalami bila dengar cerita diorang, seperti mana yg aku kisahkan kat
SINI.
Ada sorang calon yg aku inteviu baru2 ni, ibu tunggal kepada dua org anak...jadi OKU sebab kemalangan...asalnya nama dia tak tersenarai sbg calon, tapi inisiatif dia sendiri call aku dan merayu minta nak mohon ditemuduga sebab dia dah tiada tempat bergantung selepas kematian ibunya...aku pun tak suka sgt ada birokrasi kene isi borang tggu feedback bagai, so aku minta dia datang je dan bawa mana-mana dokumen yg ada utk rujukan aku nanti...dia calon terakhir yg ditemuduga.
Aku tersentuh sangat bila dia kata selepas kemalangan, dia diceraikan suaminya dan kedua-dua org anak dibawa lari oleh bekas suami, langsung tak dibenarkan jumpa dah.
Lepas kemalangan, dia duduk dgn arwah maknya...terkilan sebab semua abang dan kakaknya tak ambil kisah pada maknya...dia la yg jaga maknya sampai akhir hayat maknya tu...malang datang bertimpa-timpa, memang dari riak wajah pun dah nampak kesedihan yg dia tanggung....maknya meninggal plak lepas tu akibat sakit tua, dan dia pun hilang tempat bergantung.
Lepas maknya meninggal, dia duduk pulak dgn abang...tak tahan dengan abang yg anggap dia membebankan keluarga, dia pun nekad nak carik peluang untuk memajukan diri.
Nasib baik la ada sorang penyelia program PDK di kampung dia yg kesian dengan keadaan dia...penyelia tu la yg tolong uruskan utk bawa dia dtg ke sesi temuduga yg aku jalankan ni...calon aku ni bahasakan diri penyelia tu 'Ibu'...bergenang air mata dia bile bercerita tentang tu semua...dia pun akui, ada masa dia rasa tertekan sangat dengan apa yang dialami.
Aku jarang sentimental bila tgk drama-drama yg paparkan crite sedih kat tivi tu...tapi real life story mcm ni la yg selalu buat aku sebak...buat aku berfikir...mcm mana tergamak seorang suami ceraikan suami sebab isterinya dah jadi OKU...mcm mana dia dihalang berjumpa anak tanpa sebab kukuh...adik-beradik plak abaikan dia dengan alasan membebankan...dan ini semua bangsa aku nih.
Nak aje aku tampar muka-muka orang yang berkenaan kalau mcm ni...semua spisis pentingkan diri sendiri.
Aku bagi dia peluang masuk tempat aku dan Insya Allah akan mula jalani latihan 25hb nih...harap-harapnya dapat la kami di sini ni berikan yang terbaik untuk dia...aku malas nak komen banyak2 bab 'apa yang boleh diberi' ni sebab sensitif.
p/s : selalu berdoa moga aku sentiasa diberi kekuatan untuk mengharungi semua dugaan dalam hidup...sesusah mana pun kita, pasti ada yang lagi berat dugaannya.