Sunday, September 27, 2009

selepas raya...


...betul punya tersadai blog aku ni (seperti dijangka, mode M.A.L.A.S diaktifkan secara full force hahah)...sakan beraya tahun ni, aku masuk pun stakat pandang2 jeling2 je kat blog ni...

mcm mana raya korang? seronok? dua ronok? beronok-ronok? Saiz pinggang bertambah? Poket menipis? (haa yg ni aku pasti, tp taktau la kot2 ada yg dpt berjimat time2 raya ni...heheh)

dan biasalah, bile tibe bab raya je, mesti ada rancangan nyanyi2 lagu raya oleh artis2, sambil2 nyanyi buat olok2 bakar lemang, anyam ketupat, nyanyi salam-salam-sampai-abis-smua-orang-nak-disalam...dulik ape aku, bukan aku terhegeh2 nak tengok sangat pun...huhuh

yang diradio plak, berebut2 la DJ-DJ ni pun nak nyanyi jgk lagu raya...alahai, serah je la pada artis tu je yg nyanyi (walaupun diorang dok recycle lagu raya lama yg kunun ada arrangement baru wth)...daripada nyanyi mmg terang2 sumbang mambang, lari tune, pitching le laut dan ntah pape lagi yg walaupun aku yg tak de ilmu muzik ni pun bole tau nak kategorikan lagu tu sumbang...senang crite, sedar diri la weiii....


p/s : korang kalo buat open house, jgn lupe ajak aku...aku nak 'open mouth'...wahahaha

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri...




...rasa2nya ramai dah start cuti bermula hari ini/ esok, tapi aku, petang esok baru nak bertolak balik ke kampung halaman...

jadi, sebelum terlewat, bolehlah aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan2 blogger/ pengomen tegar/ silent reader blog tak seberapa aku nih...mohon ampun maaf sekiranya ada terkasar bahasa, termengata, terkutuk, termengumpat, termencarut, tertaksengajasakitkanhatikorang, terhina, terlajak-kereta-boleh-diundur, dan apa-apa ter lagi la...

pada yang memandu, hati-hati di jalanraya, majulah sukan untuk negara, eh silap, patuhilah undang2 yang ditetapkan *pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh cencalok cap 2 kapal*...

moga kalian selamat dalam perjalanan pergi dan balik nanti...Insya Allah...

blog ni akan berehat sepanjang aku cuti raya ni *tertakluk kepada kerajinan, sekiranya ada...wahaha*

p/s : raya ala kadar saja, mcm tahun2 sebelum ni jugak...

Tuesday, September 15, 2009

kuih raya free???


aku berani kata, raya zaman skrg ni orang kita jadi makin malas...

dulu, merata-rata orang jual kad raya...besar kecik ada muzik takda muzik kalerful wanderful bladiful, siap ada dalam sampul beli banyak2 rupe lebih kurang sebab nak seb bajet bagi pada kawan2 sedara-mara sepupu sepapat sume...pastu berlagak dengan kawan2 sekelas sape dapat kad raya paling banyak, kene plak kalo makwe sekolah plak yang bagi, mmg muka riak tahap dewa tak ingat punya...

kemudian bila pi jalan beraya umah membe2, masing2 pakat tayang gantung kad raya yang diorang dpt, siap-ada-plak-sibuk-nak-asing2-gantungan-kad raya sambil berkata "Ohh yang itu aku punye sume, yang belah tepi sana tu akak aku punya, haa yang sikit tu ayah aku yang dpt apa-ke-neraka"...

tapi sekarang, apa yg aku/korang/kita dapat, cuma ucapan raya yang diforward dari SMS yang sama je bunyiknya tiap2 tahun, sampaikan aku kadang2 terfikir, agaknye kalo aku design ucapan raya tu dan minta side income aka komisyen, mau kaya-raya aku tu, ala2 royalti album kot...bole? hahah...

juga dulu seingat aku adalah zaman orang berebut2 buat kuih raya, siap ambik cuti seminggu awal sebab nak sama2 gotong royong nak buat kuih satu famili dok berkampung kat dapur muka sememeh masing2 sambil bakar kuih...aku? kadang2 jadi tukang tekap bentuk kuih, kadang2 jadi tukang bakar, kadang2 jadi tukang rasa je...hahah...

tapi sekarang, pergghh bisnes 'kuih tunjuk' jadi makin laris...harga sume tak agak2...siap jual dalam blog/ laman sesawang jadah kekal website je dah la senang org nak sebut...skrg ni kalo pegi beraya orang tak cakap dah "Uish banyaknye kuih raya ko buat tahun ni" tapi lebih kepada "Wahh banyak kuih raya ko beli tahun ni"...

tak kisah la malas ke rajin ke, janji jangan malas balik raya udah la...am looking forward to raya tahun ni, sebab boleh raya lengkap satu famili...selalu adik aku yg keje kat cherating tu asik tak dpt cuti je...tahun ni, lengkap satu famili dpt raya...hihih...




p/s : tenkiu pada yang bagi kuih raya seperti di atas...really appreciate it...ni kalo beli, agak2 brape RM? hohoh...

Thursday, September 10, 2009

Terkenang Semasa Dulu, Hatiku Merasa Sayu


Agak teruja dan seronok (or should i say 2-3 ronok/ beronok2 bwahaha) bila terjumpa kembali rakan-rakan sekolah rendah dulu kat dalam Facebook. Rakan-rakan semasa tempoh persekolahan darjah 3 hingga darjah 6 semasa di Sahabat 16, Lahad Datu, Sabah satu ketika dulu.

Seronok mengenang kembali zaman kanak-kanak. Trying to recall balik muka dan nama rakan-rakan sekelas, jiran tetangga. Masa tu, hidup kira agak sukar la kat sana. Ye la, kawasan pedalaman, macam-macam takde. Siaran TV pun tak berapa nak ada. Siaran radio pun terhad. Nak ke bandar (ke pekan) Lahad Datu tu pun sehari perjalanan, lalu jalan tanah merah, lalu sungai. Kalau ada bajet lebih dan nak elakkan penat perjalanan ke Lahad Datu tu, menginap la kat pangsapuri Felda ke, takpun kat Hotel Mido (ke Lido ah? lupe plak) kat Lahad Datu tu. Gile teruja dok hotel, bunyi macam mewah je hidup.

Mode of transportation ke Lahad Datu tu pun naik Land Rover Felda (ye lah, apekegile nak gi lalu jalan tanah merah tu naik kete). Barang-barang keperluan harian mahal. Suratkhabar/ majalah pun mahal. Kalau majalah tu, selalu je dapat keluaran lambat dari yang Semenanjung. Yang murah pun masa tu, makanan hasil laut je. Tu pun sebab lokasi tempat tinggal memang hampir dengan laut.

Rumah dikelilingi ladang kelapa sawit. Dari airport Kota Kinabalu nak ke airstrip Sahabat tu pun kene naik pulak pesawat Fokker 50 lagi. Tapi aku rasa, itulah zaman kanak-kanak aku yang paling best. Yang paling havoc. Yang paling banyak buat benda-benda di luar pikiran.

Nostalgia main perang-perang kat tempat orang sibuk buat rumah kuarters baru (siap buat kubu apa-ke-neraka). Bila ada majlis kat masjid ramai-ramai turun-sebab-tau-lepas-tu-ada-makan-kenduri-dalam-dulang-besar-ramai2. Pagi-pagi boleh pegi skolah together-gether dengan rakan-rakan kayuh basikal. Balik sekolah (kalo sekolah petang) boleh lumba basikal turun bukit takyah kayuh sebab boleh lepak kat pantai sambil petik kelapa pastu layan air kelapa fresh. Kalau bosan pegi pantai, lepak main kat taman permainan join venture dgn budak-budak pompuan (alah budak2, masa tu selamba je).

Bile raya, ada satu post Polis Hutan kat situ akan buat jemputan untuk masyarakat setempat. So ada la jugak aktiviti ala-ala gathering ramai-ramai. Bila masing-masing dah duduk jauh, so hubungan pun erat. Memang aktiviti utama kat situ semuanya melibatkan gotong-royong. Even kalau ade jiran yg dapat transfer balik ke Semenanjung pun, masing-masing gotong-royong tolong buat tong kayu untuk simpan barang-barang.



ni membe2 darjah 6...tp yang ada gamba budak2 lelaki je...huhuh

Perghh aku rindu zaman kanak-kanak aku Mana la peginya diorang ni semua.


Hurmmm.

Tuesday, September 8, 2009

apa ko ingat menipu bulan puasa tu berkat ke???



gambar dicilok dari SINI

ari ni tetibe aku mengidam (cehh mcm orang mengandung ape-ke-neraka) nak makan kuih buah melaka (onde-onde pun ye...ahhh lantak la, janji korang tau kuih apa)...maka dengan konfiden dan tanpa segan silunya, aku melangkah gagah ke gerai kuih-muih kat pasar ramadan belakang PKNS bangi...

aku : bang, ni kuih ni kira macam mana? (sambil jari telunjuk runcing aku menunjuk ke kuih buah melaka)...

brader kerek : 2 ringgit 5 biji (sambil buat muka sombong)...

aku : bagi saya seringgit dah la bang! (sambil seluk poket standby nak hulur seringgit)...

aku dok tengok brader tu sepit satu, dua, tiga kuih buah melaka (onde-onde ke, ahh lantak) masuk dalam plastik...pastu dihulur ke aku...aku pun bagi dia seringgit...

dalam perjalanan balik, aku menyeranah brader tu "nama je Melayu, tapi meniaga sesama Melayu pun nak mkn duit haram...bulan puasa plak tu...kalo aku beli seringgit dia boleh bagi 3 ketul kuih, takkan 2 ringgit dapat 5 ketul je? Kan ke sepatutnya dapat 6 ketul???"

confirm aku tak beli dah kuih 2 ringgit...rupenye ini la taktik baru bulan puasa ni....dasar tujuh keturunan tak kenal hurup A!!!


p/s : tak pasal2 kurus pahala puasa aku...demmitt btul...

Monday, September 7, 2009

aku tak desperate


apekah sekarang ni budak2 pompuan yg baru nak membesar ni dah desperate nak berlaki? aku tengok dlm akaun Tagged aku (yang aku sengaja buat tanpa sebab khusus) penuh dgn list yang mohon diapprove...bile telek umur, awal 20-an, ada yang baru 17-18 tahun pun ade...diorang ni buta ke buat2 rabun tak perasan umur aku dah berapa?

dah la anta mesej minta approve as friends, tanya plak soalan yang terang2 la tunjukkan ketidakmatangan korang...soalan2 contohnya :-

1) "hai, leh kenal ke?"

2) "hai awk nak kenal leh x?"

3) "awk dah ade awek ke blom ni? nak offer diri boleh?" <-- WTF???


hoiii la adik2...bawak2 la belajar dulu, bagi sampai abis universiti ke hape ke...jangan la sebok2 nak offer diri jadi awek la bagai...senang btul la nak mengoffer diri...takde pasal aku nak terhegeh2 kat korang aihhhh....

sapa yang desperate skarang ni? aduiyaiii macam-macam...

Friday, September 4, 2009

kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti...


...aku tak pernah suka pakai jam tangan jarum (bukan nama rasmi)...maksud aku, jam yang gunakan paparan jarum untuk tentukan masa...sejak dari dulu, aku memang suka pakai jam tangan digital...

ada orang cakap, orang yang pakai jam digital ni tak matang la, budak-budak la, takde imej korporat la, dan mcm2 lagi la...ade jugak yang gelak2 tgk aku pi keje pun pakai jam digital Casio je...

pada aku (dan tak mestinya btul bagi orang lain), gile punye rugi beli jam mahal2, tapi cuma takat boleh tgk masa dan tarikh je...aku lagi suka beli jam harga beratus, tapi ada mcm2 function, mcm jam digital...gadjet freak, maybe? huhuh...

maybe i'm just trying to be......me!


p/s : jam yang aku pakai skarang pun ada dual function...jarum pun ada, digital pun ada...bole tuka2...

Thursday, September 3, 2009

Hadiah La Pulak


Walaupun birthday aku dah berlalu, kadang-kadang terharu jugak rasa hati ni bila rupanya masih ada yg ingat kat birthday aku, walaupun dah lama lepas. Dan bila aku dapat hadiah from my former student, itu yang lagi tak disangka-sangka.

For the record, aku tak pernah dapat hadiah for my birthday, EVER! Setakat kad dan sms tu, biasa la. Even masa bercinta dulu pun, aku tak pernah dapat hadiah pun from my so-called-significant-other-la-konon (dan aku mmg tak ambik port pun, sebab aku anggap hal remeh-temeh je kalo nak bertekak bab tak bagi hadiah ni).


biru, warna feveret daku (sila jangan konarkan fikiran anda ke lain)...huhuh

Tapi smalam, this one former student of mine datang singgah at my office, dan serahkan hadiah dan kad ucapan birthday...TOTALLY UNEXPECTED!!! Walaupun dari Putrajaya je, tapi dengan berkerusi rodanya, datang semata-mata nak hantarkan hadiah, buat aku terkedu kejap.

Macam yang pernah aku blog sebelum ni, aku sebagai orang yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal pelajar dan disiplin, memang perlu bertegas dengan pelajar-pelajar aku. Kadang-kadang, aku bagi je hukuman dan denda kat diorang. Tujuan aku cuma satu, biar aku yang marah diorang, bukan bakal majikan diorang nanti yang marah. Sebab tu la, tak pelik kalo ada certain student aku yang buat tak kenal je aku kalo selisih dengan aku kat luar. Dendam agaknye. Hahah.

Takyah la aku critekan kot apa yang aku bantu sampai dia dok sibuk jadikan aku role model la konon (aku tak layak wei jadi role model), tapi apa yg aku boleh cakap, aku happy bila tengok bekas student aku dapat keje yang bagus, dpt tampung hidup sendiri, dapat berdikari. At least, ada jugak la improvement sebelum diorang masuk ke sini.

Moga kalian terus sukses dlm bidang masing-masing. Aku tak minta korang bagi hadiah, aku tak minta korang bayar masa aku bagi nasihat kat korang. Aku tak minta korang junjung aku macam aku hebat sangat.

Apa yang aku nak, korang berusaha bersungguh-sungguh. Gunakan ilmu yg korang dapat tu untuk kegunaan dalam alam pekerjaan nanti. Yang pasti, aku sentiasa doakan korang semua berjaya dalam hidup.

p/s : jangan jadi penagih sudahh....huhuh

Wednesday, September 2, 2009

entri tanpa tujuan...


susah btul nak carik baju kemeja keje yang ngam2 dgn aku...dpt yg badan ngam2 badan aku, lengan nye plak pendek...nak ambik yg lengang ngam2 dengan aku, badan plak besar...ish...

ape jadah pakai baju sedang elok dgn badan aku tapi bila kancing abis kat tangan jadi pendek??

ke sebab aku ni dah lebih tumbesaran (dah mcm pokok plak bunyinye...hahah)


p/s : karutan kosong di tengahari...

Tuesday, September 1, 2009

bergusti dengan makhluk asing di sempadan siam...


Dulu masa berbuka puasa zaman kanak-kanak, aku selalu ingat air cincau tu hanya wujud secara eksklusif ketika bulan puasa je. Boleh kata tiap-tiap hari air time berbuka puasa zaman kanak-kanak kat rumah aku dulu, air cincau. Ye la, masa tu mana senang nak jumpa cincau hari-hari macam sekarang ni.




Being a kanak-kanak, bukan kisah nak tanya pun kenapa. Apa yang ada depan depan mata, belasah je. Letih puasa la katakan *cehh, padahal melepek lembik depan tivi je lebih*.

Even sekarang pun ada masanya aku macam pelik bila hari-hari biasa pun minum air cincau. Mungkinkah sebab aku terasa aku ni masih kanak-kanak? Apekahh?? hahah *kanak-kanak la sangat, dah boleh hasilkan kanak-kanak pun ish ish ish*.


p/s : cuti merdeka korang buat apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...